Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah bersumpah dengan nama Allah bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan bekas pelakon Zarina Anjoulie yang membuat tuduhan skandal bersama bekas kekasihnya. Malah Ifa berkata dia sendiri tidak pernah kenal nama yang disebut dimaksudkan oleh Zarina menerusi video yang dimuatnaik olehnya.

IKLAN

Ifa yang kini sedang bercuti bersama keluarga di London, bersumpah bagi menafikan dakwaan pelakon yang sering mencetuskan kontroversi itu yang didakwa menyebarkan fitnah itu sehingga mendatangkan malu kepada penyanyi itu dan keluarganya.

Ternyata Ifa Raziah terkejut dan sedih dengan perkara sedemikian.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, Zarina tidak ada mengeluarkan kenyataan mohon maaf tentang perkara ini. Kita tunggu penjelasan dari pihak Zarina Anjoulie tentang isu ini nanti.

BACA  Selepas 13 Tahun! Diari Ramadhan Rafique Bakal Kembali