Tahun baru, wajah baru! Itulah yang kebanyakan penggiat baik hiburan mahupun mana-mana industri lakukan bagi memberi dimensi baru buat tatapan ramai.

IKLAN

Buletin Utama TV3 Berwajah Baru

Mengambil kesempatan itu, Buletin Utama yang bersiaran pada setiap hari jam 8 malam di saluran TV3 turut memberi nafas baharu pada set studio nya.

Semalam (1 Januari), set bilik berita itu bertukar wajah dengan menyaksikan pembahagian tempat duduk kedua-dua pembaca berita serta turut kelihatan infografik nya yang berbentuk bulat di tengah-tengah. Malah di atas meja itu turut ditampilkan dua model telefon bimbit Vivo yang sengaja diletakkan memandangkan jenama tersebut merupakan penaja rasmi slot berita tersebut.

BACA  Norman Hakim Beri Bayangan Abby Abadi Bakal Kembali Dalam Gerak Khas

Dikritik Hebat

Namun begitu, buat penonton setia slot berita ini rata-rata memberi komen tidak berpuas hati dengan wajah baharu tersebut.

Selain mendakwa ianya kelihatan buruk dan terlalu ringkas, ada juga yang mendakwa pembukaaan- berita itu meniru konsep yang dilakukan oleh sebuah portal di luar negara.

Selain set, Buletin TV3 turut menampilkan beberapa penyampai berita yang baharu bagi memberi kelainan untuk tahun 2019. Apa pun, Buletin Utama TV3 antara slot berita yang mendapat rating paling tinggi jika dibandingkan dengan stesen televisyen yang lain. Tahniah!