Baru-baru ini, teman lelaki kepada usahawan selebriti terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman iaitu Mohd Tishrin Mohd Adnan atau lebih dikenali sebagai Coach Yin telah memuat naik gambar nya di Instagram yang memberitahu bahawa dia sedang berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.

IKLAN

Coach Yin Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

Terbaru, Coach Yin dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya semalam. Berita itu dikongsi usahawan itu juga menerusi Instagram nya sebentar tadi. Hangat.com difahamkan Coach Yin kemalangan ketika sedang menaiki motorsikalnya jenis Harley Davidson serta turut menerima rawatan kecemasan dari pasukan perubatan yang tiba ketika itu.

BACA  Nur Sajat Bakal Ambil Alih Organisasi Miss Universe Malaysia? Ini Penjelasannya

Minta Nur Sajat Jangan Bimbang

Menerusi kenyataannya, dia turut meminta Sajat supaya jangan bimbang dengan keadaannya disini sleain turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolongnya. Ketika ini, Sajat berada di Lebanon bagi menghadiri sebuah kelas kosmetik yang dianjurkan oleh sebuah butik disana.

Dalam perkembangan lain, Sajat mengharapkan agar teman lelakinya itu mengambil iktibar atas kejadian yang terjadi dan berharap agar Coach Yin dapat membeli sebuah kereta bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.