Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengambil kesempatan tahun baru dengan berkunjung ke Dubai bersama dengan keluarga serta rakan karibnya.

IKLAN

Terima Hadiah Beg Dari Suami

Selain beberapa gambar kenangan disana yang dimuat naik Siti di laman Instagram nya, penyanyi kesayangan ramai itu juga turut berkongsi saat manis di Insta Story nya apabila dia menerima hadiah dari suaminya, Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Melihatkan pada perkongsiannya, Siti menerima hadiah sebuah beg berjenama Fendi dari suaminya. Bukan sahaja Siti, malah beberapa orang rakan termasuk pengasuh anaknya, Siti Aafiyah turut menerima hadiah dari Datuk K.

BACA  Krisdayanti Kini Bergelar Ahli Politik! Bakal 'Rebut Kerusi' Parlimen Malang Raya

Jualan Tiket Konsert Siti Nurhaliza Laris!

Dalam perkembangan lain, jualan tiket konsert Siti yang akan berlangsung pada Mac hadapan dilaporkan begitu laris! Malah menurut sumber, keseluruhan kos konsert tersebut menelan belanja RM10 juta sekali gus menjadi konsert termahal dalam sejarah industri hiburan tempatan.

View this post on Instagram

Alhamdullillah, terima kasih semua yang sudah membeli tix .. Saya akan berikan yg terbaik 👌👏💪… #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Tiket #sitinurhalizaontour Kuala Lumpur yang mula dijual sejak 28 Disember yang telah mendapat sambutan yang sangat baik. . Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah melanggani tiket ke konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Axiata pada 16 Mac 2019 nanti. . Maklumbalas yang baik daripada para peminat termasuk peminat yang pertama kali datang menonton, sangat saya hargai. Kebanyakan yang pertama kali ini adalah mereka yang baru melepasi alam belajar/persekolahan dan sudah mula bekerja. Tentunya ini bakal menjadi momen yang sangat bermakna bagi peminat keran pertama kali hadir menonton konsert @ctdk secara langsung. . Saya juga ingin mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada rakan artis yang sudahpun mendapatkan tiket ke konsert ini, di antaranya @khaibahar94 , @wanyhasrita , @mfmirafilzah , @elizadsharifuddin dan maaf jika ada nama yang tidak saya tag tetapi kami sangat menghargainya. . Kepada anda yang sukar membuat tempahan online di laman web myticket.asia, anda boleh membeli sendiri di kaunter tiket di Stadium Axiata, Bukit Jalil. Tiket untuk konsert di Singapura dan Jakarta boleh dilanggani pada 7 Januari 2019 di myticket.asia. . #sitinurhalizaontour @ctdk

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Untuk yang berminat, masih boleh dapatkan tiket tersebut yang dijual menerusi www.mytickets.asia pada harga RM1,295 (meet & greet), RM495 (diamond), RM355 (platinum), RM255 (gold), RM155 (silver) dan RM105 (bronze).