Umumnya, pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza pernah menjalinkan hubungan cinta dan berpisah pada 3 tahun yang lalu. Terbaharu, Aiman dikhabarkan hangat bercinta dengan pelakon jelita Zahirah MacWilson selepas masing-masing secara terbuka berkongsi gambar berdua di laman sosial.

Bahkan, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, Aiman sendiri juga mengakui, hubungannya dengan Zahirah berlandaskan kejujuran.

BACA  "Thank You Bella, You Win!"- Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Bella Astillah

Sedar akan kisah percintaan mereka, Fathia mendoakan kebahagiaan kepada pasangan ini. Seperti yang dinyatakan menerusi Utusan Online, Fathia akui sudah lama move on serta melupakan kisah lama antara dia dan Aiman.

“Sejujurnya sudah lama saya move on dengan apa yang berlaku antara kami. Itu kisah lama dan sudah saya lupakan. Setiap orang pasti ada kehidupan silam masing-masing.

“Saya doakan dia bahagia dengan siapa sahaja pilihannya. Sebagai kawan lama saya tumpang gembira apabila dia bahagia. Tiba waktunya nanti, jangan lupa jemput saya ke kenduri kahwin ya!” kata Fathia

Walaubagaimanapun kami mendoakan Fathia ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik yang dapat membimbing dirinya ke jalan Allah.

BACA  [VIDEO] Marsha Milan Gagal Menahan Sebak Sewaktu Lancar Lagu Bimbang