Pelakon yang baru berkahwin, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, membuat keputusan untuk tampil dengan imej kembali tidak berniqab atau berpurdah. Penampilan terbaharunya ini telah diletakkan di laman Instagramnya pada hari ini yang mendapat lebih 4k likes.

Menurut kapsyen di salah satu gambarnya, Natasha berkata dia akan mengenakan Niqab sekiranya ia menjadi suatu kewajipan.

“Because the niqab is just …. not needed. Everyone who makes a big fuss out of it should just….go through a journey of yourself n go figure. Will wear it when I find it compulsory”

Natasha Hudson sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon. Malah, beliau antara wanita jelita yang membuatkan setiap mata terpukau apabila melihatnya.

Umum mengetahui Natasha sudah lama mengenakan hijab dan tidak lagi aktif dalam bidang lakonan dan peragaan. Di memutuskan untuk berniqab pada tahun 2016 dan berhijrah sepenuhnya menjadi seorang muslimah sejati.

Artikel SebelumnyaKomen Ikhlas Fathia Latiff Mengenai Percintaan Aiman Ridza & Zahirah MacWilson
Artikel SeterusnyaComelnya! 5 Selebriti Kongsi Gelagat Anak Pertama Kali Ke Sekolah
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.