Semalam merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2019. Begitu banyak gelagat yang dirakam terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak darjah 1.

IKLAN

5 Selebriti Kongsi Gelagat Anak

Tidak melepaskan peluang untuk menghantar dan menemani anak-anak ke sekolah, Hangat.com turut berkesempatan ‘terjah’ ke akaun Instagram 5 selebriti ini. Ada yang pertama kali menghantar anak ke sekolah dan tidak kurang juga mempunyai anak-anak darjah 1. Comel sungguh! Ayuh lihat gelagat mereka.

1Tomok

View this post on Instagram

first day di sekolah 🍗

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Kenangan baru buat penyanyi Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok bersama isterinya,Rahayu Abbas apabila anak sulung mereka Arrianshah Akid,7 pertama kali masuk ke sekolah rendah. Lagak ‘cool’ seperti ibunya melihatkan Arrian langsung tidak kelihatan gentar! Kejap sahaja masa berlalu. Masih segar dalam ingatan kami bagaimana Tomok mengusik anaknya suatu ketika dahulu. Biasa dia tu!

BACA  Idris Khan Tidak Terkilan Perkahwinan Beliau Tertangguh 2 Kali

2Nora

Seorang ibu yang kuat! Mungkin itulah yang sesuai digambarkan buat Nora. Meskipun ketiadaan suami tercinta disisi, Nora tabah menemani anak bongsu nya ke sesi orientasi pelajar darjah 1 baru-baru ini. Ujar Nora lagi, suaminya pasti akan berbangga dengan kejayaan anak-anaknya itu.

4Shuib Sepahtu & Siti Sarah

Bijak! Sesuai dengan namanya Uwais Alqarni yang diberi oleh pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Menerusi perkongsian Shuib di laman Instagram, luahan anaknya itu benar-benar mengharukan malah netizen turut memperakuinya.Alahai Uwais…

5Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek

Ini bukanlah kali pertama pasangan ini menemani anak-anak mereka ke sekolah. Tahun ini, anak ketiga mereka yang dikenali sebagai Yusuf pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Malah perkongsian Aidid yang melihat anaknya itu yang ‘berlagak slumber’ benar-benar mencuitkan hati!