Kemelut diantara penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar berkenaan isu melibatkan jururawat di sebuah hospital nampaknya masih berlanjutan.

Dituntut Buat Permohonan Maaf Dan Bayar Ganti Rugi

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Deligasi Jururawat Malaysia (DON), satu tuntutan mahkamah telah dihantar kepada Linda. Dalam tuntutan tersebut, penyanyi itu dikehendaki membuat permohonan maaf dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari. Malah sekiranya Linda gagal melaksanakan tuntutan tersebut, kes ini akan dilanjutkan kepada prosiding mahkamah.

Harap Dijadikan Sebagai Pengajaran

Dalam kenyataan nya itu lagi, pihak mereka turut mengucapkan terima kasih kepada penderma dan penyokong selain mengharapkan kejadian ‘buli siber’ seumpama itu menjadi pengajaran buat orang ramai. berharap kejadian tersebut dapat menjadi tauladan kepada semua orang.

“Kami berharap insiden ini mampu menjadi tauladan supaya tiada lagi kes buli siber disebarkan melalui mana-mana platform media sosial dan internet,”

Terdahulu, Linda telah meluahkan rasa kesal dengan layanan buruk seorang jururawat hanya kerana ingin meminta mereka menukarkan cadar katil ibunya di sebuah hospital. Apa pun, kami mengharapkan yang terbaik dapat diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak.

SUMBERFacebook Delegation of Nurses
Artikel SebelumnyaComelnya! 5 Selebriti Kongsi Gelagat Anak Pertama Kali Ke Sekolah
Artikel SeterusnyaBelum ‘Move On’, Ifan Seventeen Luahkan Rasa Kesal Menerusi Lagu Lady Gaga
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress