Pertama kali bersua dengan kumpulan ini, pada telahan kami barangkali ianya merupakan kumpulan penyanyi yang berasal dari Singapura. Namun saat diperdengarkan single terbaru mereka berjudul Selamanya sewaktu diundang sebagai penyanyi jemputan di majlis perasmian single Sarah Suhairi, halwa telinga kami tertarik dengan lagu yang begitu ‘catchy’ dibawa anak-anak muda tempatan ini.

IKLAN

‘Selamanya’ Cecah Lebih 1 Juta Tontonan

Meskipun baru bertapak dalam industri, Twenty2 yang dianggotai Harris Yusof, Eizad Jeffrey, dan Justin Persie tampil bangga dengan pencapaian single terbaru mereka itu yang kini mencecah lebih dari 1 juta tontonan di laman YouTube. Siapa sangka, bermula dengan tidak mengenali antara satu sama lain, gabungan Trio ini mula serasi apabila mereka disatukan menerusi sebuah ujibakat yang diadakan tidak lama dahulu.

BACA  Macam Oppa! 10 Foto Krisjiana Baharudin Bakal Suami Siti Badriah 'Lagi Syantik'

Menyasarkan pendengar dan peminat dikalangan remaja masa kini. Twenty2 juga hangat diperkatakan peminat sebagai kemunculan semula kumpulan lagenda KRU dan tidak kurang juga yang menyamakan konsep yang dibawa mereka seperti kumpulan penyanyi Korea (K-Pop).

Enggan Disamakan Dengan Kumpulan K-Pop

Menjawab isu berkenaan. salah seorang ahli kumpulan ini, Eizad Jeffrey ketika ditemui Hangat.com berkata mereka tidaklah membawa imej K-Pop kedalam industri, namun akuinya lagi mereka ada melihat idea-idea terbaru yang dibawa oleh kebanyakan penyanyi disana untuk disesuaikan dengan genre malar segar di tanah air.

” Kami tidaklah meniru atau bawa konsep K-Pop kesini. Tetapi saya akui kami ada buat sedikit ulangkaji mengenai industri disana malah saya dan Haris sendiri sememangnya meminati kebanyakan selebriti disana. Apa pun kami masih lagi mengekalkan imej ‘Malaysian’ dan tidak meniru mana-mana gaya disana”

Dalam perkembangan lain, Twenty2 yang turut muncul bersama nama-nama penyanyi remaja baharu yang sedang meningkat naik atau lebih dikenali sebagai ‘Artis BBNU’ merasakan terdapat sedikit persaingan untuk mendapat tempat dikalangan peminat kini. Biarpun begitu, jelas Eizad lagi mereka menganggap ianya sebagai satu persaingan yang sihat dan akan cuba berusaha untuk terus kekal di dalam industri.