Tahun 2019 baru saja bermula, tapi model berasal dari Amerika, Chrissy Teigen sudah mengalami satu kejadian yang menjadi viral. Hal ini, terjadi ketika dia menjadi seorang hos sebuag acara di malam ambang tahun baru  di Times Square, New York City, Isnin (31/12/2018) lalu.

IKLAN

Dalam acara yang disiarkan secara langsung menerusi stesyen TV NBC ini, dia menjadi acara bersama Leslie Jones. Dek kerana hujan, Leslie Jones mengenakan payung lutsinar.

Tanpa di duga ketika meraikan sambutan tahun baru 2019 itu, Chrissy Teigen dilihat cuba untuk memeluk komedian wanita ini. Namun nampaknya model ini tak sedar dengan  payung yang dipakai Leslie.

Kesudahannya wajah Chrissy Teigen tersembam di payung tersebut, matanya bahkan hampir terccucuk. Kerana teruja isteri John Legend ini sempat menunjukkan ekspresi melucukan.

BACA  Tahniah! Rosma AF Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga

Mengingat hal ini disiarkan secara langsung, ramai netizen merakam dan berkongsi kembali insiden ini. Ramai yang mengatakan bahawa kejadian tersebut membuat mereka tertawa terbahak-bahak.