Sudah berpuluh tahun animasi Winnie The Pooh menghiasi zaman kanak-kanak kebanyakan daripada kita. Malah setiap watak di dalam animasi itu menjadi kegemaran kanak-kanak!

IKLAN

9 Watak Animasi Winnie The Pooh Melambangkan Penyakit Mental

Disebalik kecomelan mereka sebenarnya terdapat misteri disebalik watak-watak tersebut. Tahukah anda sebenarnya setiap dari watak-watak dalam animasi ini melambangkan pelbagai jenis penyakit mental? Berikut kami tampilkan pendedahan watak-watak Winnie The Pooh.

2Piglet

Sahabat karib Winnie mempunyai anxiety disorder dimana dia akan sering ketakutan dan risau apabila melakukan sesuatu. Perasan atau tidak, watak ini akan menyebut ‘oh dear’ setiap kali risau mahupun fikirkan sesuatu yang rumit.

3Eeyore

Jelas kelihatan Eeyore merupakan seekor keldai yang mempunyai tekanan. Dianggap mengalami depression disorder, Eeyore digambarkan sebagai seekor keldai yang kesedihan, murung dan sering kali menyendiri.

4Rabbit

Garang-garang si Rabbit sebenarnya dia mempunyai obsessive compulsive disorder (OCD). Obses dengan kebunnya, Rabbit menghabiskan kebanyakan masa di sana dan sama seperti mereka yang mempunyai OCD, bersepah merupakan pantang larang mereka!

6Owl

Sebijak-bijak Owl, sebenarnya seekor burung hantu ini mempunyai narcissistic personality disorder, yang kadang kalanya bertindak di luar jangkaan mahupun pentingkan diri sendiri tanpa bergaul dengan orang lain.

7Kanga

Si ibu kangaroo ini sebenarnya mempunyai social anxiety disorder dimana dia terlalu berasa takut untuk berinteraksi dengan orang lain. Disebabkan terlalu lindungkan anaknya, Kanga akan berasa risau dengan apa yang dilakukannya akan menjadi perhatian dan bualan orang lain.

9Christopher Robbin

Buat anda yang mengikuti animasi ini, pasti akan mengenali Christopher Robbin yang merupakan satu-satunya watak manusia di dalam Winnie The Pooh. Sediakan tisu! Untuk pengetahuan anda, Christopher sebenarnya menghidapi Schizophrenia.

Bagaimana pula dengan Winnie dan watak-watak lain? Itu hanyalah watak khayalan dan fantasi kanak-kanak ini dimana mereka merupakan anak patung haiwan yang dimiliki oleh Christopher.