Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan larangan merokok di semua premis makanan termasuk gerai dan warung tepi jalan di seluruh negara mulai 1 Januari yang lalu mendapat reaksi positif daripada masyarakat di bandar raya ini termasuk selebriti tempatan.

IKLAN

Penerbit dan pengarah Michael Ang meluahkan rasa sedih di atas keputusan kerajaan ini. Michael menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video, memberitahu langkah ini seolah-olah kerajaan mendiskriminasi golongan perokok di Malaysia. Lihat video di bawah;

Michael turut mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan membawa kucing atau anjing ke restoran, memandangkan tindakan ini boleh membawa penyakit kepada orang ramai.

BACA  10 Gambar 'Hot' Pevita Pearce, Kekasih Baru Ariel Noah?

Walaubagaimanapun, jika dilihat pada ruangan komen rata-rata netizen tidak menyokong tindakan Michael bersuara mengenai isu tersebut.

Sebenarnya kami 100 peratus bersetuju dengan penguatkuasaan ini, namun ia dilihat tidak adil kepada golongan merokok. Maka itu, kami mencadangkan agar kerajaan menyediakan tempat khas untuk perokok, kalau boleh di luar daripada kawasan tumpuan orang ramai.