Terdahulu kecoh apabila terdapat khabar angin yang mendakwa dua kerabat diraja terkenal dunia, Meghan Markle dan iparnya, Kate Middleton saling bertelagah.

IKLAN

Sudah Belikan Hadiah Hari Lahir Kate

Namun begitu, disebalik dakwan tersebut Meghan khabarnya sudah membeli hadiah hari lahir buat Kate yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-37 pada minggu depan. Menurut sumber terdekat, Meghan telah membelikan Duchess of Cambridge itu hadiah yang cukup bermakna. Dimana isteri kepada Putera Harry itu telah memilih sebuah diari yang diperbuat daripada kulit untuk diberi kepada iparnya.

Hubungan Semakin Baik

Malah hubungan kedua-dua puteri itu juga dikatakan semakin baik dan berusaha untuk saling memahami. Buktinya, pada Krismas yang lalu, Meghan dan Kate bermain permainan papan ‘Scrabble’ sebagai satu pasukan dan bergelak ketawa bersama. Barangkali ini adalah petanda baik untuk keluarga besar mereka apatah lagi keluarga diraja Britain bakal menerima dua lagi kerabat baru tidak lama lagi.

BACA  Sweetnya! Ini Makna Unik di Sebalik Nama Bayi Putera Harry dan Meghan Markle