Tatkala melihat artis popular sering dipuja dan disanjung peminat, tidak boleh dinafikan, jauh disudut hati kita nak jadi popular seperti mereka. Dengan adanya ramai peminat, sudah tentu penting bagi artis untuk mendapat sokongan dalam kariernya.

Namun siapa sangka, peminat tidak semuanya baik untuk artis. Beberapa peminat ada yang membunuh idolanya sendiri. Macam tak percaya kan? Walaupun belum pernah terjadi di Malaysia, tapi ia dah pun berlaku di luar negara.

Masih teringat jelas di benak kita kematian legenda John Lennon. Nama besarnya membuat  dipuja orang-orang di seluruh dunia. Namun ironis, ia harus mengakhiri karier besarnya karena maut dibunuh peminat.

Selain John Lennon, beberapa artis lain juga meninggal dunia kerana dibunuh peminat. Mari semak  informasinya dibawah ini yang diambil dari berbagai sumber.

1

John Lennon

John Lennon meninggal dunia pada 9 Desember 1980. Penyanyi sekaligus mantan anggota group band The Beatles ini dibunuh oleh peminanya bernama Mark David Chapman. Dia ditembak oleh Chapman hingga mati di tempat kejadian.

BACA  "Aku Dah Maki Dia"- Michael Ang Tegur Emma Maembong Mengenai Isu Tudung

Chapman bukanlah fans fanatik John Lennon. Namun dia mengikuti lagu-lagu John Lennon dan menyatakan tiba-tiba timbul keinginan mahu membunuh pelantun lagu “Imagine” tersebut. Namun dalam beberapa info mengatakan Chapman membunuh John Lennon dengan motif ingin sama-sama mahu terkenal seperti bintang tersebut.

2

Rebecca Schaeffer

Aktres sekaligus model dari Amerika, Rebecca Schaeffer harus mengakhiri karier dan perjalanan hidupnya pada 18 Julai1989 di usia sangat muda yakni 21 tahun. Rebbeca meninggal dunia setelah dibunuh peminat tegarnya, Robert John Bardo.

Dia ditembak ketika di rumahnya yang terletak di perumahan artis Hollywood. Bardo sudah menjejaki Rebbeca agak lama, malah dia menyewa orang untuk memerhatikan gerak-gerik Rebbeca.

3

Dimebag Darrel

Dimebag Darrel, gitaris band Pantera ini maut ketika tampil di depan para peminatnya. Dia ditembak mati oleh peminatnya sendiri pada 8 Disember 2004 di Ohio, Amerika Syarikat.

BACA  Dari Supermodel Paling Mahal Kini Jadi Gelandangan. Ini Kisahnya!

Pembunuh itu bernama Nathan Gale, peminat tegar Pantera yang membunuh Barrel dengan alasan yang mengejutkan. Gale mengaku Pantera mencuri lagunya. Selain itu Gale beranggapan Barrel telah merosakkan keutuhan band Pantera.

4

Albert Ebosse

Penyerang bola sepak dari Cameroon ini namanya popular sebaris dengan selebriti terkenal. Dia digilai ramai orang kerana kemampuannya menggiring bola. Sayang sekali nyawa Albert Ebosse telah diragut di sebuah perlawanan di Algeria pada 23 Ogos 2014. Seorang peminat yang marah melemparkan benda keras dan terkena kepalanya.

5

Selena Quintanilla-Pérez

Penyanyi berasal dari Amerika, Selena Quintanilla-Pérez, meninggal dunia kerana ditembak oleh Yolanda Saldivar pada 31 Mac 1995. Yolanda ialah founder dari kelab peminat Selena. Yolanda juga pembantu peribadi Selena.

Yolanda didakwa membunuh pelantun lagu “Preciosa” ini lantaran masalah kewangan. Setelah membunuh Selena, Yolanda akhirnya menyesal dan dipenjara.

BACA  Chef Wan Anggap Sambal Tumis Nasi Lemak AirAsia Menjijikan
6

Christina Grimmie

Penyanyi dari The Voice ini meninggal dunia di tangan peminat fanatiknya pada 10 Jun 2016. Christina Grimmie dibunuh oleh Kevin James Loibl, lelaki yang menggilai Grimmie. Loibl menembak Grimmie saat sesi tanda tangan setelah Grimmie tampil menyanyi.

Motif Loibl membunuh Grimmie begitu mengejutkan. Dia hanya tidak ingin ada seseorang selain dia yang mendapatkan hati Grimmie. Maka menurutnya lebih baik membunuh Grimmie daripada ada orang lain yang memiliki penyanyi tersebut.

7

Tuppac Shakur

Penyanyi rap Amerika Tuppac Shakur meninggal dunia pada 7 September 2016. Kala itu dia dalam perjalanan menuju tempat persembahan di Las Vegas. Tak disangka ada sebuah kereta putih yang mendekati keretanya. Tiba-tiba kereta putih tersebut menembak dan peluru mengenai Tupac. Pembunuh Tupac ialah kelompok gang di Amerika. Difahamkan kelompok tersebut merupakan peminatnyanya.