Dikenali  sebagai sebuah negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam, maka tak hairan jika Iran memiliki  peraturan ketat dalam urusan menjaga konten dalam industri hiburannya. Oleh sebab itu, jika ada adegan tak senonoh yang ditayangkan di TV, maka pihak penyiaran akan bersikap tegas.

Menurut BBC, ketua jabatan stesyen TV di Iran diberhentikan secara paksa setelah adegan seks yang menampilkan bintang filem aksi berasal dari Hong Kong, Jackie Chan, terlupa untuk dipadamkan. Bahkan seorang netizen merakam kembali adegan tersebut dan memuatnaik secara dalam talian.

Adegan tersebut menampilkan Jackie Chan dan seorang pekerja seks dalam filem tahun 2009, iaitu “Shinjuku Incident” dinilai tidak sesuai di tonton umum.

Media Iran mengatakan adegan tersebut ditayangkan oleh Kish TV dan melanggar peraturan IRIB (Iran’s state broadcaster). Ketika rakaman ini menjadi viral, stasyen TV nasional terus meminta maaf dan memecat orang-orang yang dianggap bertanggung jawab atas kecuaian tersebut. Di sisi lain, sebenarnya adegan itu tidak akan dipersoalkan jika sedutan itu tidak diviralkan ke Internet.

Peraturan sensor di Iran untuk kategori filem dan TV sendiri memang sangat luas. Di antaranya menegaskan tidak boleh menampakkan bahagian atas dada wanita, tidak boleh ada hubungan dengan laki-laki, termasuk perbualan mesra. Peraturan ini juga memasukkan larangan merendah-rendahkan anggota polis dan lelaki berjanggut.

Beberapa orang netizen menyebut bahwa peraturan sensor di Iran dinilai terlalu konservatif dan ketat. Bahkan beberapa di antaranya mendakwa jika mereka perlukan perubaha dalam sistem peraturan tersebut.

SUMBERBBC
Artikel SebelumnyaTragis! 7 Selebriti Popular Ini Maut Kerana Dibunuh Peminat Sendiri
Artikel SeterusnyaSharifah Amani Digelar ‘Vampire Malaysia’! Ini Sebabnya
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.