Pelakon cantik Sharifah Amani merupakan antara pelakon senior tempatan yang cukup disegani. Malah tidak keterlaluan jika kami katakan hampir setiap drama mahupun filem yang dilakonkannya memberikan impak sehingga ke hari ini.

IKLAN

Kongsi Gambar ‘Selfie’ 

Terbaru,  menerusi laman Twitter nya Amani berkongsi beberapa keping gambar ‘Selfie’ (swafoto) termasuk gambarnya suatu ketika dahulu. Seperti tidak dimamah usia, malah semakin cantik, perkongsian adik kepada Sharifah Aleya ini mendapat lebih dari 1000 Retweet dan 3000 tanda suka (like).

Digelar Vampire 

Melihatkan pada perkongsiannya itu, rata-rata pengguna Twitter memuji kecantikan yang dimiliki Amani. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Amani seperti Vampire Malaysia dimana merujuk kepada wajahnya seperti tidak dimakan usia. Bukan setakat Amani, malah wajah ibunya Fatimah Abu Bakar juga kelihatan awet muda. Barangkali kerana baka yang diwarisi atau barangkali sikap Amani yang ‘happy go lucky’ membuatkan kulitnya kelihatan begitu cantik dan berseri.

BACA  Semakin Cantik! 4 Selebriti Ini Putuskan Berhijab di Tahun 2018