Bercakap mengenai Blackpink, ketika ini pasti difikiran anda akan terngiang-ngiang single hits mereka Ddu-Du-Ddu-Du yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu.

Raih Hampir 600 Juta Tontonan dan 7.4 Juta Tanda Suka

Bakal mengadakan konsert jelajah mereka pada tahun ini termasuk di Malaysia, setakat ini video tontonan single itu sudah menjangkau hampir 600 Juta tontonan dan 7.4 tanda suka (like) di YouTube. Ternyata penangan Ddu-Du-Ddu-Du benar-benar membuahkan hasil meskipun baru 6 bulan dipertontonkan.

Cipta Sejarah Muzik Dunia, Kalahkan Rekod Fifth Harmony

Bukan itu sahaja, pencapaian tersebut turut menyaksikan Ddu-Du-Ddu-Du melebur rekod yang dipegang oleh kumpulan Fifth Harmony menerusi lagu Work From Home sebagai ‘Most liked girl group video in history”.

Dengan pencapaian itu, tidak mustahil mereka bakal mencatat rekod lain memandangkan Ddu-Du-Ddu-Du masih belum mencapai setahun dipertontonkan. Hit you with that ddu-du ddu-du du!