Madonna  berjaya mengejutkan peminatnya saat  tampil di Stonewall Inn di New York. Diva pop berusia 60 tahun ini diketahui tampil di sebuah Gay Bar ketika menyambut tahun baru 31 Disember lalu. Dalam acara ini, Madonna menyanyikan beberapa buah lagu dengan diiringi petikan gitar dari anak angkatnya, David Banda.

IKLAN

Namun rupanya, penampilan mengejutkan Madonna ini bukanlah satu-satunya hal yang ramai dibicarakan umum. Ini kerana, bentuk tubuh pelantun “La Isla Bonita” juga menjadi sebutan lantaran punggungnya yang terlihat lebih berisi dibandingkan sebelumnya.

Ramai yang menyangka jika artis legenda ini melakukan implan punggung. Bahkan ramai netizen yang menyamakan bentuk tubuh bahagian belakang Madonna ini dengan Nicki Minaj dan Kim Kardashian.

BACA  [GIVEAWAY] Tayangan Perdana Filem Triller Aksi– Cold Pursuit

Meski demikian, ada pula peminat lain yang percaya bahawa Madonna mungkin mengenakan bantal pada punggungnya agar terlihat besar. “Dia memakai bantal atau dia mengenakan seluar dalam yang tebal, tidak mungkinitu asli,” ujar peminat tersebut.

SUMBERUSA Today
Artikel SebelumnyaSharifah Amani Digelar ‘Vampire Malaysia’! Ini Sebabnya
Artikel SeterusnyaHebat! Ddu-Du-Ddu-Du Blackpink Cipta Sejarah Muzik Dunia
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.