Baru-baru ini di media sosial hangat memperkatakan mengenai usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman dan teman lelakinya dikenali sebagai Coach Yin yang menyimpan hasrat untuk berkahwin pada tahun hadapan.

IKLAN

Netizen Dakwa Pihak JAKIM Main ‘Tarik Tali’

Susulan daripada itu, terdapat dakwaan daripada netizen yang mempersoalkan tindakan daripada pihak JAKIM. Menurut netizen tersebut yang dikenali sebagai Dhani, dia menganggap pihak JAKIM seolah-olah bermain ‘tarik tali’ berkenaan isu berkenaan.

Terdahulu, segelintir netizen mahu pihak JAKIM mengesahkan mengenai jantina sebenar usahawan itu setelah menjadi bualan hangat buat beberapa ketika.

Da’i Wan Beri Teguran

Dalam perkembangan lain, kenyataan daripada Dhani itu turut mendapat perhatian pendakwah muda, Da’i Wan Dazrin. Menurut Da’i Wan, dia mengharapkan agar semua pihak dapat bersabar dengan isu tersebut memandangkan terdapat beberapa isu berbangkit yang menghalang daripada siasatan lanjut dijalankan.

BACA  "Wait & See"- Nur Sajat Lantik Siti Kasim Sebagai Peguam Bela

Tambahnya lagi, dia selaku ahli Majlis Syura turut menolak dakwaan isu pihak JAKIM menerima rasuah daripada sesetengah sebaliknya ianya berkaitan dengan pendakwaan undang-undang. Apa pun kami di Hangat.com berharap kemelut mengenai Nur Sajat dan mana-mana pihak dapat diselesaikan dengan baik.