Menjadi terkenal dan memiliki lagu yang didengarkan oleh jutaan orang di dunia adalah impian bagi setiap penyanyi atau ahli muzik. Namun, tidak semua penyanyi mampu untuk mencapai misi ersebut.

Tidak keterlaluan jika difikirkan bahawa beberapa penyanyi memilih untuk membuat perjanjian dengan iblis untuk mereka kekal popular dan semakin kaya. Ada beberapa penyanyi bertaraf kelas dunia yang dikatakan memuja syaitan.

Tak dapat dinafikan bahawa populariti penyanyi-penyanyi tersebut memang tidak pernah pudar dalam industri hiburan. Lagu mereka menjadi hits dan namanya dikenali hampir semua orang di dunia. Inilah 10 penyanyi pemuja setan uamh dihimpunkan oleh portal hiburan NME.com.

1Beyonce

Cantik, punya suara merdu, dan boleh menari. Mungkin itulah pakej lengkap yang wajib dimiliki oleh seorang penyanyibertaraf antarabangsa. Semua kelebihan itu ada pada Beyonce. Namun, ramai yang mendakwa bahawa isteri Jay-Z ini merupakan penyanyi pemuja setan, sehingga populariti saat ini tidak diperoleh dari bakatnya tersebut.

BACA  Bangtan Boys Kalahkan Ariana Grande & Beyonce Di Twitter?

Beyonce dikatakan sebagai penganut Iluminati keraba sering menunjukkan simbol-simbol ajaran ini di setiap video klipnya. Dia juga sering membentukkan segitiga dengan menggabungkan kedua tangannya, seperti  simbol piramid Iluminati. Yang paling misteri, Beyonce pernah melancurkan album bertajuk “I am.. Sasha Fierce”. Ramai yang membuat andaian bahawa Sasha Fierce adalah syaitan yang berpengaruh besar dalam memberikan populariti pada Beyonce.

2Lady gaga

Sejak pertama kali mengeluarkan debut, nama Lady Gaga terus terkenal. Dua albumnya, The Fame dan The Fame Monster,  terjual laris di pasaran. Dipetik dari Ranker, sangkaan bahawa Lady Gaga adalah penganut Iluminati dibuktikan dalam sejumlah video klipnya yang selalu nampak menutup satu matanya, seperti simbol mata satu khas Iluminati.

Kecurigaan masyarakat mengenai Lady Gaga adalah pemuja syaitan semakin kuat lantaran wanita dengan nama asal Stefani Joanne Angelina Germanotta mengeluarkan video klip Alejandro, di mana di video itu Lady Gaga meletakkan simbol salib tepat di bagian kemaluannya.

BACA  Priyanka Chopra Didakwa Penipu Besar, Ini Respon Joe Jonas & Sophie Turner

3Marilyn Manson

Kalau mendengar nama Marilyn Manson, anda pasti ingat dengan penyanyi bergenre rock dan metal yang selalu mengenakan make up gothic yang sedikit menyeramkan.

Ya, penyanyi lelako ini juga termasuk dalam pemuja setan lantaran masa lalunya. Ibu bapa Manson memasukkan dirinya ke sekolah kristian untuk mempelajari ajaran agamanya.

Namun Manson memutuskan untuk keluar dari sekolah itu kerana merasa ajaran di sekolahnya tidak sesuai dengan pemikirannya. Marilyn mengaku dirinya adalah setan dan masuk di Gereja Pertama Setan yang didirikan oleh Anton LaVey, pada tahun 1966 di, San Francisco.

4Kanye West

Di video klip lagu Famous yang konon katanya menyindir Taylor Swift ini, Kanye West membuat babak di mana ada patung lilin sejumlah orang-orang terkenal yang nampak telanjang bulat dan tertidur dalam satu ranjang yang sama.

BACA  Sharifah Amani Digelar 'Vampire Malaysia'! Ini Sebabnya

Dipetik dari International Times, Kanye West pernah mengakui bahawa dirinya memang menjual jiwanya kepada syaitan untuk meraih populariti. Dia berbicara secara terang-terangan bahawa dia melakukan itu untuk mendapatkan kesenangan dunia. Apakah kata-kata suami Kim Kardarshian ini betul-betul serius?

5Rihanna

Nama Rihanna sangat terkenal di seluruh dunia. Lagu-lagunya selalu menjadi hits dan menduduki peringkat pertama tangga lagu antarabangsa. Berbagai penyanyi terkenal juga berebut untuk berkolaborasi dengan Rihanna. Di sebalik kejayaan wanita yang biasa dipanggil “Riri” ini, ternyata dia pernah merilis lagu “Umbrella” yang menurut ramai orang liriknya mengandung sumpah untuk mengikuti ajaran setan.  Video klipnya pun didakwa penuh dengan simbol satanism.