Jika kebanyakan selebriti Hollywod enggan mempunyai keluarga yang besar dan cukup hanya dengan mempunyai seorang mahupun dua orang anak, tidak bagi pasangan Kim Kardashian dan Kanye West.

Berhasrat Untuk Tambah Ahli Keluarga

Terbaru, pasangan selebriti ini dikhabarkan merancang untuk menambah ahli keluarga baru dalam keluarga besar mereka. Terdahulu Kim dan Kanye mempunyai tiga orang anak, North, Saint dan Chicago. Malah lebih mengejutkan disaat anak ketiga mereka baru berusia beberapa hari, pasangan ini sudah berbincang mengenai anak keempat mereka.

Bakal Gunakan Khidmat Ibu Tumpang

Namun begitu, Kim dikatakan enggan hamil lagi. Sebaliknya dia memutuskan untuk menggunakan kaedah ibu tumpang bagi kehamilan anak keempatnya. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana anak ketiga mereka juga menggunakan kaedah yang sama.Menariknya lagi, mereka juga berhasrat untuk menggunakan ibu tumpang yang sama sekali lagi.

BACA  Pengikut Instagram Sufian Suhaimi Naik Mendadak Kerana Wanita Misteri Atau AJL?