Bekas pelakon Abby Abadi memaklumkan dia teruja untuk kembali ke set penggambaran. Difahamkan berkemungkinan besar Abby akan terlibat dalam penggambaran untuk sebuah drama. Menurut pelakon berusia 42 tahun ini, dia sudah bersedia untuk berlakon dan mahu menurunkan berat badan dalam tempoh dua hingga tiga bulan dari sekarang. Khabar gembira ini telah dikongsikan dalam Instagram beliau.

“Ye esok saya akan start shooting. Satu-satunya polis gemuk yang diterima dalam tv hahaha. Sabar jap, Saya sedang berusaha ni. Doakan Saya kurus 2/3bulan dari skrg…. Aminnn #kalinibetulbetul #bukancobaan .

Uniform dah tempah, kasut saya dah beli awal, yang tiada sekarang ni tudung polis je. Siapa ada jual tudung polis yang berdagu, angkat tangan! Sy nak hari ni untuk pakai shooting esok. Kalau boleh yang berdekatan dengan saya ye. Senang nak pergi ambil terus. Harap respon disini segera.”

Ada ura-ura mengatakan Abby mungkin akan kembali beraksi dalam siri drama Gerak Khas terbitan Skop Production.Β Ini bermakna, Inspektor Aleza akan kembali!

BACA  Pengikut Instagram Sufian Suhaimi Naik Mendadak Kerana Wanita Misteri Atau AJL?