Seperti mana yang diketahui, pelakon Linda Rafar dituntut untuk buat permohonan maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari. Namun apa yang mengejutkan, notis ini sudah tersebar di media sosial, sedangkan surat itu belum sampai ke tangannya.

“Saya juga pelik kerana surat itu sudah tular di laman sosial terlebih dahulu. Akan tetapi sehingga sekarang saya sendiri masih belum menerima surat itu daripada peguam mereka,” katanya di Kosmo Online

Walaupun Linda terpaksa mengunci mulut atas arahan peguam dan polis yang menguruskan kes ini sehingga Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri keluarkan keputusan, Linda percaya bahawa kebenaran akan berpihak kepada mereka sekeluarga.

“Linda doakan semua dirahmati oleh Allah SWT. I mohon doa dari semua untuk saya dan Mak. Insyallah, kebenaran akan berpihak kepada kami.. Godbless,LR” katanya di Instagram.

Terdahulu di laman sosial Linda, dia memuat naik Insta Story yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan yang enggan menukar cadar katil ibunya yang menerima rawatan di situ.

Artikel Sebelumnya“Satu-satunya Polis Gemuk Yang Di Terima Dalam TV”- Abby Abadi Nekad Mahu Kurus
Artikel SeterusnyaKim Kardashian Bakal Timang Anak Keempat Guna Khidmat Ibu Tumpang!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.