Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon jelita, Rita Rudaini, pasti anda tahu wanita ini merupakan penggemar kucing. Sering kali memuat naik gambar kucing kesayangan dengan kapsyen lucu, sikap penyayang Rita turut mendapat pujian netizen.

IKLAN

Namun apa yang menyedihkan pelakon jelita ini, salah seekor kucing kesayangannya telah hilang beberapa hari lepas.

View this post on Instagram

Hati hancur..sedih yg amat sgt..dr smlm nangis,mkn pon tak…kucing mcm anak sendiri….mommy dpt berita,pekan hilang 2hb jan di kawasan bandar sunway semenyih …ALLAH je yg tau hati mommy hancur,kecewa,sedih,lembik….tiada yg bole ganti Pekan…benda bernyawa…bukan mcm hilang pencil bole ganti…setiap pg dah xde dgr ketukan pintu dr pekan..dah xde nk tggu mommy dpn pintu…pekan adalah yg paling manja..mommy yg sambut dia lahir…tah apalah nasib dia skrg,mkn ke,minum ke..pekan xpernah kluar rumah,xpernah jejak tanah..mommy tatang mcm minyak yg penuh…syg mcm ank sendiri..dukung mcm ank…luluh hati allahuakbar..mlm td mommy xle tido pikir pekan..selamatkan dia YA ALLAH..sape terjumpa tolong pulangkn😔

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“ALLAH SWT sahaja yang tahu hati mommy hancur, kecewa, sedih, lembik…tiada yang boleh ganti Pekan. Benda bernyawa bukan macam hilang pensel boleh ganti.

“ Setap pagi dah tak ada dengar ketukan pintu dari Pekan, dah tak ada nak tunggu mommy depan pintu. Pekan adalah yang paling manja, mommy yang sambut dia lahir,” luahnya di Instagram.

Rita juga memaklumkan sejak dilahirkan, Pekan dilayan seperti anak sendiri.

“Pekan tak pernah keluar rumah, tak pernah jejak tanah, mommy tatang macam minyak yang penuh, sayang macam anak sendiri, dukung macam anak, luluh hati… Allahuakbar,” katanya berharap agar Pekan segera ditemui.

Hangat.com berharap agar Pekan ditemui segera dan jika ada yang terjumpa, jangan lupa pulangkan kepada Rita ya!

BACA  Rita Rudaini Mengaku Tiada Masalah Dengan Aidil Zafuan!