Penyanyi Sufian Suhaimi sudah beberapa kali memberitahu beliau sudah seratus peratus ‘move on’ daripada kisah putus tunangnya. Namun, netizen masih lagi mengaitkan dirinya dengan Elfira Loy meskipun pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri.

Baru-baru ini, Sufian ada memuat naik status Twitter mengenai tahun 2019 yang merupakan Tahun Babi mengikut kalendar Cina. Ia menjadi perhatian ramai dan sekali gus mencetuskan spekulasi seakan-akan ada kena mengena dengan pernikahan Elfira.

Bagaimanapun, Sufian menafikan status itu ditujukan kepada bekas tunang, sebaliknya ia adalah sindiran mendalam buat netizen yang tidak henti-henti membangkitkan kisah peribadinya bersama Elfira.

Nampaknya kesabaran Sufian Suhaimi tidak dapat dibendung lagi. Hangat.com berharap agar Sufian dapat bersabar dan hiraukan apa jua netizen katakan ya. PEACE!

Artikel SebelumnyaRita Rudaini Meluahkan Hatinya Hancur, Kecewa, Sedih Sekali Lagi?
Artikel SeterusnyaLiyana Jasmay Dikecam Mendedah Aurat Di Luar Negara?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"