Pelakon serta penerbit, Datuk Rosyam Nor yang tampil memperjelaskan isu pasar raya ‘ST Rosyam Mart‘ pada sidang media khas yang diadakan semalam meluahkan rasa sedih apabila ada pihak menggelar dirinya ‘barua’ dan dipergunakan dalam pelaburan pasar raya ‘ST Rosyam Mart’.

Menurut bintang ‘KL Special Force’ itu, niat asal untuk membantu masyarakat mendapatkan barangan lebih murah dipertikaikan apabila ada pihak menyebarkan cerita bukan-bukan.

“Saya sedih dan keluarga saya juga malu dengan tuduhan dilemparkan. Sedangkan, saya mempunyai 10 peratus saham dalam ST Rosyam Mart.

“Perkataan ‘barua’ yang digunakan mereka cukup menyedihkan saya dan keluarga. Jika ungkapan lain yang digunakan, saya masih boleh menerimanya.

“Saya sedih kerana niat saya mahu membantu masyarakat (membeli barangan murah), tetapi lain pula jadinya,” kata Rosyam Nor.

Sidang media khas terbabit turut dihadiri oleh pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd, Ho Ah Chai, dan pengarahnya, Datuk Raymond Ho Cheng Hann. Dalam pada itu, Rosyam menjelaskan, 89 peratus ST Rosyam Mart adalah milik Raymond, manakala satu peratus lagi dimiliki Alan Ho Cheng Yek.

Baru-baru ini, beberapa individu mendakwa pasar raya berkenaan dimiliki pengusaha Tionghua dan Rosyam hanya menjadi duta bagi tujuan menarik perhatian pelanggan. Malah, individu terbabit turut menuduh pemilik Sri Ternak bukan sekadar berniaga ayam, tetapi juga mengedar dadah. Rosyam juga dikatakan dipergunakan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Rosyam berkata, beliau sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini petang semalam. Katanya, dakwaan berkenaan mencemarkan namanya dan pada masa sama memburukkan reputasi Sri Ternak yang sudah menjalankan perniagaan runcit sejak kira-kira 70 tahun lalu.

“Saya malu apabila Sri Ternak dituduh bukan-bukan apabila menjalinkan kerjasama dengan saya, sedangkan sebelum ini nama mereka bersih tanpa cercaan,” ujar Rosyam Nor lagi.

Bagi Hangat.com, sebelum nak sebarkan sesuatu berita mohon dapatkan kesahihan serta bukti yang kukuh. Kan sekarang dah malu! Hangat.com berharap agar isu isi tidak timbul lagi dan pembaca Hangat.com terus menyokong perniagaan Rosyam Nor ya.. PEACE!

SUMBERMstar Online
Artikel SebelumnyaSafiey Ilias Berbikini Di Langkawi, Mufti WP Mahu Bertemu Dengan Segera!
Artikel SeterusnyaFilem Petta Catat Sejarah Baru Industri Filem Negara!
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"