Tahun 2018 menyaksikan pelbagai kejayaan filem tempatan meraih kutipan yang cukup membanggakan. Bagi 2019, apa pula kejayaan yang bakal diteruskan filem-filem yang lain?

IKLAN

Petta Bakal Catat Sejarah Perfileman Negara

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran lagu bagi filem blockbuster Tamil terbaru, Petta. Menariknya lagi bagi lagu ini, ianya telah didendangkan oleh dua penyanyi tempatan melayu iaitu Mu’adz Dzulkefly dan Azwan.

Mengenai filem ini, terdapat beberapa fakta menarik di sebalik pembikinannya. Malah turut dikhabarkan mencatat sejarah baru perfileman negara. Untuk anda peminat setia Rajinikanth, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Petta yang akan ditayangkan bermula 12 Januari ini.

BACA  Selain Drama Nur, Berikut Senarai Pemenang DFKL 2019

5 Fakta Menarik Di Sebalik Filem Petta 

1Mu’adz Dan Azwan Hanya Ambil Masa 5 Hari Rakam Lagu Petta

Meskipun ini adalah pengalaman kedua mereka menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil, akui Mu’adz dan Azwan mereka turut mengalami kesukaran untuk menyebut beberapa perkataan Tamil dengan betul. Akan tetapi siapa sangka, mereka berjaya merakam single filem Petta yang berjudul Ullala hanya 10 jam dalam masa 5 hari sahaja!

2Syarikat Produksi Perfileman Hindi Dan Tamil Terbesar Di Malaysia

Petta dibawa khas ke Malaysia oleh syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di bawah kepimpinan YBhg Dato’ Abdul Malik Bin Dasthigeer.

Untuk anda yang tidak tahu syarikat ini merupakan produksi perfileman hindi dan tamil terbesar di Malaysia. Masih ingat dengan filem Kabali yang dilakonkan oleh Rajinikanth ? Syarikat inilah yang membawa masuk filem tersebut sehingga mencecah 13 juta kutipan di Malaysia!

BACA  Jumlah Pengikut Instagram Paling Ramai Di Korea Milik Lisa Blackpink!

3Catat Rekod Dalam Malaysia Book of Record

Menyusuli rangka promosi filem ini akan datang, sebuah rekod pencapaian akan cuba dilakukan dalam Malaysia Book of Record sebagai ‘Largest Movie Poster On A Scaffholding’ di Kuala Lumpur.

4Pelbagai Kenderaan Mewah Dihiasi Poster Petta

Tidak cukup dengan itu, promosi secara besar-besaran juga telah mula dijalankan. Antara yang menarik termasuklah menghiasi pelbagai kenderaan seperti lori treler, kontena, MPV dan termasuk kereta mewah (Lamborghini, Mustang, Audi R8, BMW 5 Series) dengan poster filen Petta sebagai ‘moving advertisement’

5Filem Terakhir Rajinikanth

Pastikan Petta berada dalam senarai filem mesti tonton anda pada 2019. Ini kerana barangkali filem ini akan menjadi penampilan terakhir ‘Superstar Rajinikanth’ dalam mana-mana filem selepas dia berhasrat untuk bersara dari dunia lakonan. Sebagai fakta, Rajini merupakan selebriti kedua yang mempunyai jumlah peminat yang paling ramai di Asia selepas Jackie Chan.

BACA  "Nasib Baiklah Saya Ada Gelaran Dato"- Boy Iman Kritik Sikap Pelakon Baru