Penyanyi remaja, As’ad Motawh yang popular menerusi lagu Senyum merupakan antara penyanyi yang cukup verstail. Bukan sahaja boleh menyanyi, malah dia turut berkebolehan untuk menari. Buktinya setiap kali persembahan dia sering menyanyi sambil menari dan ada ketikanya dia turut dijemput ke sebuah acara bagi menunjukkan aksi tariannya.

Dikecam Hebat Gara- Gara Tarian

Terbaru, tular di media sosial mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter rancangan hiburan swasta. Dalam video tersebut, kelihatan As’ad melakukan beberapa gerak tari yang cukup lincah. Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan kebolehannya untuk bernyanyi mahupun menari. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyamakan gerak tari penyanyi itu saling tidak ubah seperti seekor jentik-jentik.

BACA  Tuah Alif Satar, Kini Menjadi Duta Jenama Audio Terkemuka

Bakal Adakan Konsert JelajahΒ 

Dalam perkembangan lain, pada tahun ini juga As’ad bakal memberi ‘hadiah’ buat peminat-peminat setianya. Penyanyi yang berusia 18 tahun ini telah mengumumkan bahawa dia akan mengadakan konsert jelajah pada Februari hadapan.

Meskipun dikecam, namun buat peminat berita tersebut merupakan sesuatu yang paling ditunggu-tunggu. Semoga sukses As’ad!