Semalam merupakan sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung pelakon cantik, Nora Danish yang ke 10 iaitu Putera Rayqal Ramli. Anak sulung Nora merupakan hasil perkahwinan bersama bekas suami terdahulu, Rizal Ashram Ramli. Sempena dengan ulangtahun anaknya, Nora mengimbas kembali kenangan dan detik melahirkan anaknya itu suatu ketika dahulu.

IKLAN

Menangis Setiap Hari Ketika Mengandung

Dedah pelakon itu menerusi laman Instagram nya, ketika mengandungkan Rayqal hampir setiap hari dia akan menangis. Ada ketikanya juga, dia berasa mengalah dan enggan ditemani sesiapa ketika. Akan tetapi, dia bersyukur dan bertambah cekal disaat kelahiran Rayqal yang menjadi inspirasi kekuatannya sehingga ke hari ini.

BACA  Datin Seri Nur Shahida Sedia Serahkan Anak Kepada Ibu Kandung?

Hubungan Dengan Keluarga Bekas Mertua Masih Baik

Meskipun sudah berpisah dengan Rizal, jelas Nora hubungannya dengan bekas suami mahupun keluarganya masih baik sehingga ke hari ini malah turut bersama-sama membesarkan Rayqal dengan penuh kasih sayang.

Menurut Nora, segala ujian yang dihadapinya selama ini membuatkan dirinya bertambah kuat selain turut mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan buat mereka sekeluarga. Selamat hari lahir Rayqal!