Filem Aquaman menutup tirai 2018 dengan menampilkan pelbagai aksi yang begitu mengujakan. Malah hasil tinjauan kami di Hangat.com mendapati filem ini masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam tanah air dan terus mencatat kutipan filem dengan nilai tertinggi.

Aquaman Peroleh Kutipan Tertinggi DCEUΒ 

Terbaru, hasil rumusan kutipan dari seluruh dunia, DC Extended Universe telah mengumumkan Aquaman sebagai filem terbitan mereka yang mempunyai kutipan paling tinggi atau dalam erti kata lain sebagai yang terlaris antara semua filem yang dihasilkan. Sehingga hari ini, Aquaman telah mengutip sebanyak $887,620,880 sekali gus menumpaskan filem tertinggi DC sebelum ini, Batman V Superman yang mencatat kutipan $873,634,919 .

BACA  Mendarat Cemas! Pesawat Dinaiki Jason Momoa Terbakar?

Wonder Woman Filem Terbaik DCΒ 

Meskipun begitu, jika dilihat pada ulasan dan kritikan peminat, menerusi laman Rotten Tomato Aquaman menduduki di tangga kedua dengan mendapat rating sebanyak 64 peratus.

Masih menggungguli sebagai filem terbaik DC adalah penyandangnya sebelum ini iaitu filem Wonder Woman yang mendapat penilaian yang agak tinggi, 93 peratus. Kami percaya dengan rekod Aquaman, DC pasti akan terbitkan sekual nya tidak lama lagi, barangkali sebagai Aquaman V Black Manta? Aquaman Returns? Nantikan!