Seandainya anda diberikan peluang kedua untuk tebus kembali kesalahan anda, apakah perkara pertama yang anda akan lakukan? Apa pula yang akan dilakukan oleh roh si mati sekiranya peluang yang sama?

IKLAN

Diberi Peluang Untuk Hidup

Mengisahkan mengenai satu roh yang diberi peluang untuk hidup sekali lagi di dalam tubuh seorang remaja yang ditemui mati. Hanya diberikan 100 hari, roh tersebut dikehendaki mencari penyebab kematian remaja ini.

Jika gagal, dia terpaksa tinggalkan badan tersebut dan akan mati buat selama-lamanya. Adakah dia berjaya menjumpai penyebab kematian remaja ini?

30 Pasang Tiket Untuk Dimenangi!

Semua itu akan terjawab menerusi filem fiksyen Thailand yang berjudul Homestay. Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies akan menganjurkan tayangan perdana filem ini pada 15 Januari 2019 bertempat di GSC One Utama pada jam 9 malam.

BACA  Shah Rukh Khan Dituduh Hina Agama Dalam Filem Zero

Kami ingin menjemput 30 orang pembaca bertuah kami menjadi yang terawal menonton filem ini! Anda cuma perlu menjawab soalan mudah di bawah dan barangkali anda adalah pemenangnya!

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 13 Januari 2019
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC One Utama pada 15 Januari bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin