Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie telah ke Los Angeles, California. Tidak keseorangan, sebaliknya Jovian turut membawa isteri dan anak mereka, Jeanelle Nika Mandagie.

Jeanelle Tarik Perhatian Justin Bieber

Menerusi perkongsiannya di Instagram, mereka sekeluarga telah terserempak dengan bintang pop antarabangsa, Justin Bieber yang secara kebetulan turut makan malam di restoran yang sama dengan mereka di Nobu, Malibu. Ketika itu, Bieber tertarik dengan Jeanelle yang bermain berhampiran tempat duduknya.

Ambil Gambar Bersama

Di kesempatan itu, Jovian turut mengambil gambar dan video ‘selfie’ mereka bertiga bersama dan memuat naik di laman Instagram.

Melihatkan pada gambar tersebut, rata-rata pengikut menganggap Jovian sekeluarga cukup bertuah selain turut berasa cemburu apabila dapat bergambar bersama bintang terkenal itu. Beruntung Jeanelle!

Artikel SebelumnyaChef Wan Sedih Sultan Muhammad V Letak Jawatan Sebagai YDP Agong
Artikel SeterusnyaSiti Nurhaliza Cipta Rekod! Raih RM 67,000 Dalam Masa Seminit Di Go Shop
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress