Tahun 2019 cukup bermakna buat penyanyi kesayangan ramai Dato Sri Siti Nurhaliza. Selain daripada konsert yang akan berlangsung pada bulan hadapan,sebelum ini Siti telah menandatangani kontrak sebagai duta produk periuk tahan lekat yang dikenali sebagai Vantage.

Siti Berjaya Jual 22,000 Unit Dalam Masa 2 Jam

Bagi mempromosikan produk tersebut, Siti telah hadir ke rancangan jualan platform digital, Go Shop yang bersiaran selama 2 jam. Menerusi rancangan itu, pelantun Anta Permana itu dikatakan telah berjaya menjual sebanyak 22,000 unit set istimewa tersebut yang berharga RM469 dalam masa 2 jam bersiaran.

Raih RM 67,000 Dalam Masa Seminit

Lebih membanggakan, Siti juga telah mencipta rekod apabila berjaya menjual set peralatan memasak istimewa Vantage di platform jual beli digital, GoShop berjumlah RM67,000 dalam tempoh seminit!

BACA  [VIDEO] Lihat 'Teaser' Siti Nurhaliza Bergelar Pembaca Berita

Terdahulu, ibu kepada Siti Aafiyah ini telah menguji daya ketahanan dan keberkesanan produk ini sebelum bersetuju untuk menjadi duta kepada Vantage. Begitu hebat penangan ‘Tokti’!