Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan kembar tular di media sosial ini. Malah pada penghujung tahun lepas, anak kepada Diana Nasir ini turut menerima seorang lagi ‘ahli baru’ bagi melengkapkan The Angguns.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Kedua

Semalam, The Angguns ini telah pun menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Untuk itu, Diana dan suaminya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir mereka yang dihadiri kaum keluarga terdekat. Turut kelihatan adalah kesemua ibu saudara The Angguns termasuklah pelakon cantik, Anzalna yang memuat naik gambar-gambar mereka bersama di laman Instagram nya.

Tema Baju Tidur

Pada tahun ini, Diana telah bersepakat untuk mengadakan tema yang lebih santai dengan menggayakan baju tidur yang jauh kelihatan lebih ceria meskipun hanya berbaju tidur.

Jelas Diana lagi, dia berasa begitu terharu serta bersyukur apabila ditakdirkan menjadi seorang ibu kepad anak-anaknya yang semakin membesar. Perkongsian itu turut dibanjiri dengan doa dan ucapan daripada para peminat. Selamat hari lahir The Angguns dari kami di Hangat.com!

VIAInstagram Diana Nasir
SUMBERGambar Hafiz Baharuddin
Artikel SebelumnyaAll Rise! Kumpulan Blue Adakan Konsert Di Malaysia Mac Ini
Artikel SeterusnyaTakziah! Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress