Awal minggu ini, kami ada memuat naik sebuah artikel memgenai dua orang selebriti Indonesia terkenal, Vaneesa Angel dan Avriellya Shaqqila yang telah ditahan oleh pihak polis selepas dituduh menjadi pelacur kelas atasan secara atas talian.

Gambar Bogel Tersebar

Belum pun reda mengenai isu itu, terbaru gambar Vanessa yang kelihatan bogel telah disebarkan oleh pihak tertentu di media sosial. Dalam gambar itu kelihatan susuk tubuh seorang wanita mirip Vanessa yang sedang leka mandi. Menurut peguam Vanessa, Zakir Rasyidin berkata, gambar itu seperti sengaja disebarkan oleh pihak tertentu memandangkan pelakon itu kini ditahan bagi membantu soal siasat isu terdahulu. Tambah Zakir, pihak mereka akan membuat laporan polis terhadap 25 akaun yang menyebarkannya

Akui Gambar Tersebut Adalah Dirinya

Dalam perkembangan lain, Vanessa akui wanita di dalam gambar tersebut adalah dirinya. Jelas Vanesa lagi, dia percaya terdapat pihak yang cuba memerangkap dirinya yang pada waktu itu sedang mandi di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas selepas program. Malah menurut Vanessa, dia sendiri tidak sedar gambarnya telah diambil ketika itu.