Pelakon Rita Rudaini akhirnya sudah membuat laporan polis ekoran kucingnya bernama Pekan yang hilang pada penghujung minggu. Rita berkata dia akan mengheret orang didapati bersalah ke muka pengadilan sekiranya kehilangan Pekan merupakan satu sindiket.

IKLAN

Seperti yang dikongsikan olehnya di Instagram, berita kehilangan kucing jenis British Short Hair itu bermula selepas Rita meminjamkan kucing tersebut kepada kenalannya bagi tujuan mengawan. Namun tanpa diduga, Pekan telah melarikan diri dengan kesan kopak pada sangkar yang didiaminya.

Walaubagaimanapun, Rita tidak mempercayai pada apa yang terjadi dan mensyaki berlakunya penipuan dari cerita kehilangan Pekan. Dalam kenyataan lain, selain mengambil tindakan kepada pesalah, Rita juga tidak teragak-agak untuk mengheret sekali individu yang bersubahat mengambil Pekan.

BACA  "Dewi Remaja Patut Tukar Jadi Muslimah Remaja"- Alicia Amin

Anak-anak bersedih

View this post on Instagram

Hati hancur..sedih yg amat sgt..dr smlm nangis,mkn pon tak…kucing mcm anak sendiri….mommy dpt berita,pekan hilang 2hb jan di kawasan bandar sunway semenyih …ALLAH je yg tau hati mommy hancur,kecewa,sedih,lembik….tiada yg bole ganti Pekan…benda bernyawa…bukan mcm hilang pencil bole ganti…setiap pg dah xde dgr ketukan pintu dr pekan..dah xde nk tggu mommy dpn pintu…pekan adalah yg paling manja..mommy yg sambut dia lahir…tah apalah nasib dia skrg,mkn ke,minum ke..pekan xpernah kluar rumah,xpernah jejak tanah..mommy tatang mcm minyak yg penuh…syg mcm ank sendiri..dukung mcm ank…luluh hati allahuakbar..mlm td mommy xle tido pikir pekan..selamatkan dia YA ALLAH..sape terjumpa tolong pulangkn๐Ÿ˜”

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Dalam posting yang berbeza,ย  Ritaย dan anak-anakya kini sedang bersedih sehinga tiada selera makan sejak kehilangan Pekan.