Bekas bintang  realiti TV dan ratu cantik Rusia, Oksana Voevodina menjangkakan dirinya sedang mengandung anak sulung selepas menjalani rawatan di klinik perancang keluarga di Jerman. Berita ini telah dilaporkan oleh akhbar popular di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP) menerusi artikel dari The Sun.

Laporan mengenai kehamilan Oksana ini muncul selepas dua hari Sultan Muhammad V, 49, meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Akhbar itu juga menulis bahawa perkahwinan rahsia dan peletakkan jawatan ini telah menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi menjadi sebab baginda memutuskan hal tersebut.

Dalam laporan berbeza di Dailymail.uk, Oksana dikatakan telah berkunjung ke klinik perancang keluarga di Jerman sebelum dan selepas majlis perkahwinannya. KP memetik sumbernya sendiri mengatakan: “Pasangan suami isteri sudah menjangkakan kehadiran bayi dan memutuskan untuk menumpukan sepenuhnya kepada cahaya mata pertama.”

Pada November tahun lalu,  beberapa gambar menunjukkan lelaki mirip Sultan Muhammad V mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru berada dalam majlis perkahwinan Oksana, tersebar di media sosial sejak minggu lalu.  Namun sehingga kini  tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Baginda melangsungkan perkahwinan di Russia.

BACA  [VIDEO] Biar Betul! Bangunan Baru di Guangxi Menyerupai Bentuk Zakar