Tiga tahun yang lalu perkahwinan pelakon Anzalna Nasir cukup meriah malah turut dinobatkan sebagai salah satu ‘wedding of the year’ ketika itu. Meskipun ramai yang tertanya-tanya bilakah Anzalna akan menimang cahaya mata, pelakon ini sabar menanti dan menganggap ianya sebagai satu rezeki yang akan tiba suatu hari nanti.

Anzalna Buat Kejutan Umum Hamil Empat Bulan

Terbaru, penantian tersebut berakhir dengan kegembiraan apabila adik kepada Diana Nasir ini telah umumkan bahawa dia kini sedang hamil empat bulan.

Berita gembira itu diumumkan Anzalna menerusi muat naik sebuah video kejutan yang juga dibuat pada keluarganya. Sesuatu yang cukup mengharukan apabila kesemua ahli keluarga Anzalna bersorak dan menangis gembira atas pengumuman tersebut.

Peminat Banjiri Komen Instagram Anzalna

Melihatkan pada video tersebut, rata-rata peminat juga turut bergembira selain membanjiri ruangan komen Instagram Anzalna dengan ucapan tahniah.

View this post on Instagram

The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby👶🏻🤰🏻Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. #9thJan2018 #AnugerahTerindahDalamHidup #4MonthsPregnant Watch full video at https://youtu.be/k8FJ7cdj1Lg Videographer: Thank you for the memorable video. @the.affiliates @aizatrush @nadia__

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Nampaknya keluarga The Nasir akan bertambah dan adakah ianya bayi lelaki atau perempuan?Sama-sama kita nantikan! Tahniah buat Anzalna dan suami dari kami di Hangat.com