Siapa yang tak sayang anak bukan? Begitu juga buat usahawan selebriti terkenal, Dato Seri Vida buat anak-anak tersayangnya yang dikenali sebagai Cik B dan Kacak. Terdahulu, Dato Seri Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV turut mempunyai dua orang anak lelaki namun kedua-duanya terkorban dalam sebuah nahas kebakaran di rumah mereka di Ipoh, Perak.

Buat Kejutan Untuk Cik B

Jika dahulu, DSV telah menghadiahkan Cik B seekor kucing dan juga sebuah kereta mewah, kali ini pelantun I Am Me itu turut membuat kejutan pada anak perempuan kesayangannya itu. Menerusi sebuah video yang dimuat naiknya di Instagram, DSV telah ke sekolah Cik B untuk menghadiahkannya sebuah buku nota.

Bukan calang-calang buku kerana buku tersebut cukup eksklusif kerana merupakan sebuah jenama terkenal antarabangsa, Louis Vuitton. DSV turut sempat berseloroh dengan menyebut kejutannya tidak berapa menjadi memandangkan Cik B sempat melihat kemaskini terbaru Instagram ibunya.

BACA  Lagu Berhantu Elizabeth Tan Berkisarkan Kisah Kematian dan Hidup semula

Netizen Cemburu

Melihatkan pada video tersebut, rata-rata netizen turut mencemburui Cik B selain menyifatkan anak usahawan itu cukup bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang cukup penyayang. Meskipun begitu terdapat juga kecaman yang menganggap DSV seolah-olah ingin menunjuk kekayaannya dan hadiah tersebut seperti satu pembaziran. Apa pun, selamat kembali ke sekolah Cik B!