Baru sahaja ditayangkan namun drama Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai jadi sebutan ramai. Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Reen Rahim dan Taufiq Hanafi, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton drama ini yang bersiaran setiap hari pada jam 7 petang.

IKLAN

Penonton Terhibur Dengan Kak Su

Dalam pada itu, suka untuk kami tampilkan kisah mengenai salah seorang pelakon drama ini, Reen Rahim yang memegang watak Kak Su, kakak kepada Mira Filzah. Kak Su atau nama sebenarnya Suria boleh dikatakan sebagai watak ‘penarik’ dalam drama ini.

BACA  "Shame On You"- Da'i Wan Dazrin Selar Kenyataan Dua Lipa Sokong LGBT

Manakan tidak, dengan lagaknya yang lantang bersuara dan agak ‘gila-gila’ membuatkan penonton cukup terhibur.

Kak Su ‘Trending’ Di Media Sosial

Tidak kurang dengan itu, ramai yang menonton drama ini hanya semata-mata ingin melihat aksi Kak Su yang bersahaja sehingga ‘trending’ di media sosial.

” Halah halah halah kak su tak kuase da nk mengamok,kite dok mengamok marah betul2,semua boleh terhibur pulak kite naik hantu kat tangga semalamπŸ™„ dah pi bukak @tv3malaysia sekarang”

Boleh dikatakan kerana Pujaan Hati Kanda, ramai penonton mula jatuh hati dengan lakonan Reen Rahim selain memuji wataknya kelihatan ‘menjadi’ dan mengharapkan pelakon ini akan terus memegang watak seumpama ini pada masa akan datang!