Setelah beberapa hari menantikan ‘kepulangan tersayang’, akhirnya kucing peliharaan Rita Rudaini yang bernama Pekan telah selamat ditemui pada 2.50 pagi tadi.

Rita Rudaini Gembira Pekan Selamat Ditemui

View this post on Instagram

Mintak tolong sgt penduduk bandar baru semenyih..Pekan baru 1hari di pinjam utk matting di rumah bandar baru semenyih..dan sy di beri tahu pekan hilang..mintak jasa baik sesiapa yg ternampak,terambil,pulangkan balik pd sy..DM sy…hanya yg btul2 syg n pecinta kucing je tau perasaan sy..kucing spt anak n family sendiri…klau anda hilang anak,org nak ganti dgn ank lain,adakah ia logik or sama mcm ank kita sendiri? Hanya yg syg kucing je tau…DM sy….Benda ni amat sensitif pd sy dan anak2…..sy sgt kecewa dan teramat sedih…dah 2 mlm sy dan sahabat sy dtg jauh ke semenyih utk cari pekan…mlm td sampai pukul 3pg kami mencari..xkira penat..sy demam pon gagah mencari anak sy yg di katakan hilang…pd kwn2 sy yg ikut sy dah 2 mlm,tkasih yg xterhingga😔 …sy akan trus lg mencari Pekan 😔 solat hajat,doa merayau kawasan umah org smpi 3-4pg sy buat..segala tips sy ikut…

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Berita gembira itu dikongsi Rita menerusi Instagram nya sebaik sahaja pulang dari Balai Polis Semenyih selepas pihak polis menyelamatkan kucing tersebut. Meskipun begitu, menurut Rita Pekan ditemui dalam keadaan yang letih dan kurus selepas beberapa hari hilang dari pusat jagaan kucing yang dihantar pelakon itu sebelum ini.

“ALLAHUAKBAR…ALHAMDULILLAH..2.50pagi..sy baru pulang dari balai polis semenyih..terima kasih yang tak terhingga pada Sarjan Rahmat dan semua polis di balai polis semenyih kerana menyelamatkan PEKAN….saya rasa sangat hepi bila di hubungi dan di beritahu berita gembira ni….Pekan dlm keadaan yang letih dan murung dan kurus…”

Dibantu Netizen

Jelas ibu kepada dua orang anak ini, hasil usaha penemuan Pekan juga telah dibantu oleh seorang netizen yang berusaha ingin membantunya.

View this post on Instagram

ALLAHUAKBAR…ALHAMDULILLAH..2.50pagi..sy baru pulang dr balai polis semenyih..tkasih yg xterhingga pd Sarjan Rahmat dan smua polis di balai polis semenyih krn menyelamatkan PEKAN….sy rasa sgt hepi bila di hubungi dan di beritahu berita gembira ni….Pekan dlm keadaan yg letih dan murung dan kurus…sy jugak nak ucapkan byk2 tkasih pd seorg hamba ALLAH ni….ALLAH telah hantar kn dia pd saat sy bersedih n memerlukan pertolongan…byk info mengenai PEKAN yg dia bongkarkan…mulia sgguh hati dia…sejuk perut ibu dia dpt anak berhati mulia….setiap mlm sy menunggu info dr dia dgn sabar..tkasih 😭 moga ALLAH sj yg membalas jasa adik n family…mulai mlm ni,sy telah menganggap dia spt family sy sendiri..ada hikmah bila sy post di IG smlm utk viral kan pula gambar peminjam…tiba2 PEKAN muncul….misteri..suratan atau kebetulan….kes ini akan sy bwk ke peringkat seterusnya….walaupon tlah djumpai,tp byk keraguan yg sy masih blum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara di jumpai semula sgt meragukan…sy mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambik tindakan sewajarnya…siasat sampai ke lubang cacing…sampai terungkai segala kebenaran…..krn byk info 'benar sebenarnya' yg sy dah pegang dr hamba ALLAH yg berhati mulia ini… Tkasih pencinta kucing yg xhenti2 berdoa utk PEKAN dan xhenti DM sy..tkasih kwn2 rapat yg bersama2 dgn sy dlm misi Pekan … Dan tkasih pd media yg menyiarkan kisah Pekan ..😌 ALHAMDULILLAH #justiceforPEKAN #justiceforcats #pencintakucing

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Malah Rita juga telah menganggap individu tersebut seperti keluarga nya sendiri selepas berjaya mendapatkan kucing kesayangannya kembali. Meskipun sudah ditemui, Rita nekad untuk membiarkan pihak polis meneruskan siasatan agar insiden yang sama tidak lagi berulang padanya mahupun pemilik-pemilik kucing yang lain.

BACA  Ning Baizura Beri Sebab Mengapa Jarang Keluar TV