Namanya mungkin masih agak baru dalam industri seni muzik tempatan, namun bakatnya pasti mampu mencuri perhatian mereka yang menghargai kualiti persembahan.

Pertaruhkan Menanti Cinta

Berbekalkan paras rupa yang jelita dan suara yang merdu, Sophia Fredskild memulakan langkah awalnya dalam arena seni suara Malaysia berbekalkan lagu pertamanya yang berjudul Menanti Cinta. Malah ketika ini, single tersebut sedang ‘hits’ dimainkan di kebanyakkan corong radio.

Berkebolehan Mencipta Dan Menulis Lagu

Lagu ciptaan Sophia Fredskild sendiri bersama dengan Shazee Ishak ini turut menyaksikan pembabitan SB Othman dan Sophia juga sebagai penulis lirik. Malah lagu ini seumpama pengenalan buat peminat muzik Malaysia yang mungkin baru tahu bahawa Sophia bukan sahaja mampu menyanyi tapi juga mencipta dan menulis lagu.

Selain itu, lagu ini juga mempunyai versi Inggeris dengan judul Waiting For Love yang juga dicipta dan ditulis oleh Sophia dan Shazee.

Sudah Lama Ingin Ceburi Bidang Seni

Menurut Sophia lagu ini tentang penantian pada seseorang yang sesuai dan sepadan untuk hadir ke dalam hidup, dan bersabar dalam menempuhi cubaan demi mencari dan menunggu cinta sejati. Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Danish, Sophia akui yang dia sedang cuba memperbaiki dan menambah kefasihannya berbahasa Melayu.

Baru sahaja berusia 20 tahun, gadis kacukan Melayu-Denmark ini memang sudah lama menyimpan impian untuk menceburi bidang seni sejak kecil lagi. Sebagai bukti, dia sudah mencipta lagu pertama pada umur 13 tahun dan pernah terbabit dalam banyak persembahan serta pementasan teater. Sophia bakal muncul dengan lagu terbarunya tidak lama lagi yang juga akan diterbitkan dalam dua bahasa.

Artikel SebelumnyaRita Rudaini Gembira Kucing Kesayangan Akhirnya Ditemui!
Artikel Seterusnya[VIDEO] ‘Kami geram’- Nourul Depp Kena Tipu Beli IPhone Terpakai
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress