Langkah pertama yang di pertaruhkan oleh penyanyi yang juga vokalis kumpulan Typewriter, Azlan ternyata memberi impak yang cukup positif terutamanya bagi peminat di tanah air.

Lancar Produk Minuman Isotonik

Manakan tidak, permulaan tahun baru ini dimulakan Azlan dengan melancarkan dua buah tangan terbarunya. Turbo 3 yang merupakan sejenis minuman bertenaga merupakan produk pertama Azlan di pasaran. Menurut Azlan, produk ini merupakan 100, peratus keluaran tempatan dan disahjan halal dan bersih.

Tambahnya lagi air minuman ini telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan.

Tampil Dengan Single Kukuh 

Dalam majlis yang sama, Azlan turut melancar  single  dan video muzik terbaru nya yang berjudul Kukuh. Mengisahkan mengenai kehidupan masyarakat yang dilanda perasaan cinta dan sayang kepada masing-masing, lebih manis lagu ini merupakan ciptaan  Azlan sendiri manakala liriknya telah ditulis oleh Mars dan dibantu susunannya oleh Manusia Putih. Tahniah diucapkan buat Azlan!

BACA  [VIDEO] Misai Dah Tumbuh, Nur Sajat Jawab Usikan Netizen