Berhati-hati membeli telefon pintar terpakai, lagi-lagi jenis Iphone . Sejak akhir-akhir ini ramai pengguna tertipu dengan membeli iPhone terpakai yang asalnya dari syarikat telekomunikasi. Seperti yang terjadi kepada penyanyi Nourul Depp membeli iPhone 7 terpakai melalui rakannya yang baru dikenali.

“Dia mai dah berletiaq. Kami gerammmmm !#teraniaya ramai sungguh suka menipu kan na . Awat tak tau suka menganiaya orang “

Menurut Nourul melalui video yang dimuatnaik di Instagramnya, pada awalnya telefon pintar tersebut boleh digunakan seperti biasa, namun sebaik sahaja di pulang ke Malaysia iPhone tersebut mengalami sekatan selular yang mengakibatkan dia tidak boleh menggunakan iPhone tersebut.

BACA  6 Selebriti Lelaki Ini Pernah Menjadi Model Seluar Dalam Calvin Klein!

Nourul meluahkan rasa kecewanya kerana sikap segelintir menusia yang tak bertanggungjawab menjual iPhone yang masih terikat dengan kontrak. Namun, hakikatnya pihak telekomunikasi telah menyekat iPhone tersebut memandangkan penjual sebelum ini tidak membayar bil bulanan.

Tips Cegah Penipuan

Umumnya, kes ini telah berleluasa dan sudah menjadi trend di kalangan penipu. Bagi pengguna yang ingin membeli iPhone terpakai. Sebelum membeli anda dapatkan nombor imei iPhone tersebut dan terus memasukkan ke pautan imei24.com.

Sekiranya maklumat tersebut tertulis Celcom, Maxis, Digi atau U Mobile anda sama sekali tidak digalakkan untuk membeli iPhone tersebut.