Bukanlah lah sesuatu pelik jika segala informasi mengenai “Avengers: Endgame” didedahkan pada saat ini, pasti akan memancing peminat untuk mengetahuinya. Apalagi siri sebelumnya, Avengers: Infinity War cukup meninggalkan banyak teka-teki dan persoalan

Marvel Studios sendiri baru saja mengeluarkan trailer perdana dari filem yang paling ditunggu-tunggui pada bulan Desember 2018 lalu.

Dalam trailer tersebut, ada banyak sekali hal yang menjadi tumpuan. Salah satunya adalah saat Tony Stark (Robert Downey Jr.) terdampar di luar angkasa lantaran kehabisan makanan, air, dan oksigen.

Adegan tersebut menjadi perdebatan di kalangan peminat. Sebahagian peminat juga mula berspekulasi tentang bagaimana cara Tony diselamatkan dan siapa yang akan menyelamatkan si Iron Man tersebut. Sekian lama meneka-neka, kini nampaknya peminat mula menemukan titik temu.

BACA  Mengaku Bapa Aurora! Diana Danielle Bidas Komen Biadab

Ini kerana, baru-baru ini syarikat automobil ternama Eropah, Audi, kemungkinan besar telah membocorkan plot penting terkait nasib Tony di “Avengers: Endgame”.

Bocoran tersebut diperoleh dari wakil yang membuat persembahan untuk Audi di Consumer Electronic Show (CES) tahun ini.

Menurut Comic Book pada Khamis (10/1), dalam persembahan ini, Audi mengumumkan bahawa mereka menjalinkan kerjasama dengan Marvel untuk menciptakan sebuah pengalaman Virtual Reality (VR) baru, di mana kerusi belakang model e-tron GT boleh merasai pengalaman bermain VR game.

Menariknya, Audi menamakan game tersebut dengan “Marvel’s Avengers: Rocket’s Rescue Run”. Susulan dari itu, penggemar pun langsung membuat andaian bahawa game ini akan membawa tema penyelamatan yang dilakukan oleh Rocket Raccoon (dari alih suara Bradley Cooper). Ramai menyangka yang akan diselamatkan oleh Rocket tersebut adalah Tony Stark.

BACA  Sinopsis Terbaharu 'Avengers: Endgame' Didedahkan

Menilik bahawa hanya Tony dan Nebula (Karen Gillan) yang sama-sama selamat dari planet Titan dengan menaiki Benatar (pesawat milik Guardians of the Galaxy), tentunya spekulasi ini mungkin ada logiknya.

Apalagi mengingat bahawa Rocket adalah satu-satunya anggota Guardians of the Galaxy yang tinggal, tentunya bukan hal yang mustahil jika dia mendapatkan peranan penting dalam filem ini, termasuk menyelamatkan Tony yang ditewaskan oleh Thanos (Josh Brolin).

Di sisi lain, dalam trailer perdana ini, masih belum diketahui apakah Tony akan berjaya kembali ke Bumi dan bergabung dengan kumpulan Avengers yang masih tertinggal untuk melawan Thanos.

Namun trailer ini menunjukkan bagaimana Captain America (Chris Evans) dan Black Widow (Scarlett Johansson) sedang menyusun rencana untuk mengalahkan si penjahat. Banyak betul persoalan, apa-apa pun, kita tunggu kemunculan filem ini yang menggegarkan panggung tak lama lagi.