Tanggal 11 Januari merupakan detik yang cukup bermakna buat penyanyi nombor 1 negara, Dato Sri Siti Nurhaliza kerana pada hari ini merupakan hari lahir beliau.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-40

Lebih bermakna, pada tahun ini Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Binti Tarudin akan menyambut hari lahirnya yang ke-40. Rata-rata peminat memuji kecantikan pelantun Anta Permana ini yang kelihatan semakin cantik meskipun sudah menginjak usianya yang ke 40. Jika tahun lalu, Siti mengambil kesempatan pada tarikh ini untuk mengumumkan bahawa dia sedang hamil, tahun ini pada hari kelahirannya Siti ditemani anak kesayangannya, Siti Aafiyah.

Trending Di Twitter

Menjangkakan sambutan hari lahirnya pada tahun ini akan lebih meriah, peminat terlebih dahulu memberi sambutan awal dengan memberi ucapan hari lahir beserta hashtag #SitiGolden40th yang mula dibanjiri peminat sejak malam tadi.

BACA  [GAMBAR] Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Bersama Aafiyah Di Mekah

Malah hasil carian kami turut mendapati hashtag ini sedang trending di laman Twitter. Bukan itu sahaja, beberapa stesen radio seperti HotFM,SuriaFM dan KoolFM turut mewujukan siaran khas mengenai Siti Nurhaliza yang akan disiarkan secara lansung pada hari ini. Happy Birthday Tokti dari kami di Hangat.com!