Pada tahun lalu, kecoh mengenai seorang gadis dari Ukraine yang dikatakan sebagai teman wanita kepada pelakon kacak Zul Ariffin. Menjelaskan lebih lanjut mengenai kontroversi itu, akui Zul dia mengenali wanita tersebut yang dikenali sebagai Tanya Glembotska ketika sedang menjalani latihan di Thailand.

“Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu. Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain. Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa”

Zul Sudah Berkahwin?

Terbaru di laman Instagram terdapat dua buah pemilik akaun telah mendedahkan sesuatu mengenai hubungan mereka. Di dalam posting tersebut, terdapat suntingan perbualan dari seorang pengguna Instagram yang dipercayai rakan kepada Tanya bertanyakan mengenai status terkini Zul dan wanita itu.

Menurutnya, Tanya telah memuat naik gambarnya bersama Zul berserta kenyataan yang merujuk Zul sebagai suaminya.

” Hari ini saya mempunyai percutian yang cukup istimewa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya. Saya sangat bahagia bersama awak”

Dedah Cuti Bersama

Dalam posting itu juga, mereka telah membuat spekulasi kononnya Zul dan Tanya kini sedang bercuti bersama di Thailand berdasarkan baju dan topi yang dipakai pelakon itu sama seperti di dalam posting nya sebelum ini.

Apa pun mungkin Tanya hanya berseloroh dan jika benar mereka sudah berkahwin, pasti Zul akan mengundang pihak media untuk ke majlis perkahwinannya terlebih dahulu.