Kami di Hangat.com sering kali mendapat pertanyaan dari pembaca setia dimana mereka tertanya-tanya bagaimanakah sikap sebenar selebriti-selebriti yang kami temu bual? Adakah mereka sama seperti yang dilihat di kaca televisyen atau hanya lakonan semata-mata? Bagaimana pula dengan sikap mesra atau ‘masuk air’ yang sering kali menghiburkan peminat?

5 Selebriti Yang Berperangai ‘Gila-Gila’

Berdasarkan hasil temu bual kami sebelum ini bersama mereka. 5 selebriti ini sememangnya berperangai ‘gila-gila’. Mungkin apa yang anda lihat di kaca televisyen sama seperti itu dan ada juga yang sebenarnya di balik tabir seorang yang ‘happy go lucky’!

1Ain Edruce

Seperti anda melihat sikap nya yang agak ‘gila-gila’ dan kelakar di kaca televisyen, begitu juga sikapnya secara realiti. Bukan sahaja peminat, malah para media yang pernah menemu bual Ain Edruce juga turut terhibur dengan sikapnya yang sememangya ‘crack’ !

2Ayda Jebat

Bakatnya yang verstail tidak perlu dinafikan lagi. Namakan sahaja watak sedih, gembira, marah semuanya pernah dilakonkan oleh Ayda Jebat. Namun yang manakah melambangkan dirinya sebenar? Jawapannya dia adalah seorang yang happy go lucky!

3Adira Suhaimi

Nampak sahaja Adira seperti seorang pendiam ataupun pemalu. Tidak jika anda benar-benar mengenalinya! Sering kali berseloroh dan ketawa, kalau anda ingin tahu penyanyi ini juga sering kali ‘naik tangan’ setiap kali ketawa. Awas jika anda duduk disebelahnya!

4Nur Sajat

Jika di laman Instagram, anda mungkin lihat usahawan selebriti ini seperti seorang yang agak garang. Meskipun berpendirian tegas, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat juga merupakan seorang yang kelakar! Malah jika mendengar Sajat bercerita, pasti akan ada usikan nakal daripadanya yang membuatkan orang terhibur. Jangan mengata!

5Fara Fauzana

Rindu pula kami dengan celotehnya di corong radio. Meskipun tidak lagi bergelar penyampai radio, anda masih boleh mengubati kerinduan dengan menontonnya secara langsung di D’Bilique di laman Facebook.

Rasanya sikapnya yang agak ‘gila-gila’ dan ‘happy go lucky’ bukan lagi satu rahsia. Tidak hairanlah ramai yang begitu dekat dengan Fara Fauzana bukan?