Anda peminat Marvel? Jika Ya, pasti ini berita baik buat anda kerana buat pertama kalinya POS Malaysia akan mengeluarkan setem edisi khas dari siri komik Marvel sepanjang tahun 2019!

Bermula April Ini

Menurut sumber, koleksi setem ini akan berada di pasaran bermula pada April ini. Untuk yang tertanya mengenai watak yang akan ditampilkan pada setem tersebut, pihak POS Malaysia merancang untuk mengeluarkan beberapa watak terbaik siri Marvel seperti Iron Man, Captain America, Hulk, Spiderman dan X-MEN.

Gambar sekadar hiasan

Turut Tampilkan Setem Batman Dan Star Wars

Buat masa ini, POS Malaysia telah mengesahkan koleksi Mickey Mouse 2.0 akan dikeluarkan. Menyusuli koleksi tersebut adalah setem edisi khas Batman dan juga Star Wars.

Kami percaya pasti ramai yang teruja dengan berita gembira ini bukan? Nantikan sahaja pengumuman penjualannya tidak lama lagi.