Ramai mengetahui mengenai pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata setelah lama mendirikan rumah tangga. Usia perkahwinan sudah memasuki 5 tahun, akhirnya Izzue dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

Izzue memberitahu, dia dan isteri akan berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan sebagai persediaan sebelum mendapatkan anak. Kata Izzue lagi, dia berharap segala urusan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

“In shaa Allah, saya dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Kami akan berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, ia adalah salah satu dari langkah persediaan kami.

“Saya berharap agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya,” kata bintang program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) kepada Astro Gempak.

https://www.instagram.com/p/BsYKD6qB7D2/

Hangat.com mendoakan agar pasangan ini akan timang cahaya mata yang comel dan dipermudahkan segala urusan, in shaa Allah, aamiin.

BACA  Punca Izzue Islam Keluar Forteen Kerana Grup Baru The Novic Gypsy?